KOTA KINABALU: Usahawan terutama generasi muda perlu mendekati agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi mendapatkan bimbingan, latihan serta bantuan yang tersedia untuk membangunkan perniagaan mereka.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ini kerana agensi KUSKOP seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Tekun Nasional, mempunyai pelbagai inisiatif dan program bagi membantu usahawan untuk meningkatkan hasil jualan dan sekali gus memajukan perniagaan mereka.
Beliau berkata usahawan terutamanya generasi muda wajar dibantu dan dibimbing sehingga menjadi usahawan berjaya, bagi membolehkan mereka menyumbang kepada keluarga serta masa hadapan negara.
"Dunia digital masa kini juga banyak faedahnya untuk usahawan kita, generasi muda kita juga banyak masa di media sosial, jadi mengapa tidak terlibat dalam keusahawanan digital, dengan menggunakan media sosial itu sebagai platform menjana pendapatan kepada mereka.
"Latihan keusahawanan antaranya berasaskan digital ini juga, salah satu tumpuan diberikan kementerian (KUSKOP) antaranya melalui INSKEN...jadi dekati agensi kita untuk membolehkan kita bantu semua," katanya kepada media di sini, Jumaat malam.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Graduasi Bimbingan INSKEN Edisi Sabah 2022 di sini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin.
Pada majlis malam ini, 52 usahawan dari Sabah berjaya menamatkan Program INSKEN Bumiputera Business Coaching selama empat bulan, dalam dua industri iaitu Jahitan dan Jualan Pasar Raya Makanan dan Minuman.
Ewon berkata inisiatif program latihan dan bimbingan daripada INSKEN ini, amat diperlukan bagi menyokong beberapa pendekatan baharu yang akan digariskan KUSKOP, termasuklah memberi tumpuan lebih besar dalam aspek pembangunan keusahawanan di Sabah.
"Ekonomi digital, agro-pelancongan, sosial dan perusahaan kecil penjaja merupakan antara pendekatan baharu yang akan diberi fokus di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Datuk Ewon Benedick berkata ini kerana agensi KUSKOP mempunyai pelbagai inisiatif dan program bagi membantu usahawan untuk meningkatkan hasil jualan dan sekali gus memajukan perniagaan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Bazar Ramadan UKM asah potensi keusahawanan pelajar
Bazar Ramadan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi platform untuk mengasah potensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta membina pengalaman berniaga bagi menjana pendapatan sendiri.
Madoo Bee sasar pemasaran 150,000 unit, lahir lebih ramai usahawan muda tahun ini
Pengeluar produk madu jenama Madoo Bee, Madoo Bee Marketing Sdn Bhd mahu melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini selain meletakkan sasaran dapat memasarkan 150,000 unit produk pada tahun ini.
Dana usahawan Syabas akan diteruskan - Hajiji
Syabas merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Kementerian Belia Dan Sukan kepada usahawan belia serta golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.
Usahawan terutama generasi muda jangan malu dekati agensi KUSKOP - Ewon
Usahawan terutama generasi muda perlu mendekati agensi di bawah KUSKOP bagi mendapatkan bimbingan, latihan serta bantuan yang tersedia untuk membangunkan perniagaan mereka.
PRU15: Jangan pinggirkan usahawan belia
Wujud sentimen kononnya orang muda dianggap malas dan tidak berusaha sedangkan ada yang telah berhempas pulas demi kelangsungan hidup.
PRU15: Pasangan muda jana pendapatan lebih RM30,000, buka peluang pekerjaan penduduk tempatan
Kejayaan pasangan ini memperoleh pendapatan mencecah RM35,000 sebulan mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi dalam kalangan orang muda di Kuala Pilah.
Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup
Seramai 4,304 usahawan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program MYStartup anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Jual air jagung, anak muda berusia 21 tahun raih pendapatan lima angka sebulan
Muhammad Amin bermula dengan hanya RM300 sebagai modal permulaan, hasil pekerjaan terdahulu.
Usahawan muda di ibu negara digalak mohon geran MAIWP - Shahidan
Inisiatif itu bakal dimulakan pada Ramadan ini sebagai modal awal untuk individu yang berminat menceburi perniagaan secara kecil-kecilan.